KETUM KINI DOT COM: Hadis
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mei 2021

Jangan Bahayakan Diri Dan Orang Lain

 

Sudah lebih setahun kita berhadapan dengan musibah Covid-19.

Mutakhir ini, bilangan kematian akibat Covid-19 melepasi 40 orang sehari. Kes kematian sebelum sempat dibawa ke hospital juga meningkat. Bilangan dijangkiti di seluruh Malaysia telah melepasi angka 4000 orang sehari.

Kita sentiasa diingatkan agar jaga SOP. Stay at home. Keluar rumah hanya untuk keperluan mendesak sahaja.

Rasulullah SAW mengingatkan kita;

عَنْ  أَبِـيْ  سَعِيْدٍ سَعْدِ بْنِ مَالِكِ بْنِ سِنَانٍ الْـخُدْرِيِّ  رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّـى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Daripada Abû Sa’îd Sa’d bin Mâlik bin Sinân al-Khudri RA, Rasûlullâh SAW bersabda, “Jangan bahayakan diri dan jangan bahayakan orang lain. (HR Mâlik dalam al-Muwaththa’ (II/571, no. 31). Status: Hadis Hasan

Islam menolak sebarang bentuk kemudaratan sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

Melakukan kemudaratan kepada diri sendiri seperti mendedahkan diri kepada penyakit dengan pergi ketempat yang berpotensi tersebarnya virus adalah dilarang.

Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain seperti dengan sengaja keluar ke tempat yang boleh menyebabkan virus terus merebak. 

Islam melarang kita mengundang kemudaratan pada diri dan orang lain.  

Dalam riwayat al-Hâkim dan al-Baihaqi ada tambahan,

مَنْ ضَارَّ ضَرَّهُ اللهُ وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللهُ عَلَيْه

Barangsiapa membahayakan orang lain, maka Allâh akan membalas bahaya kepadanya dan barangsiapa menyusahkan atau menyulitkan orang lain, maka Allâh akan menyulitkannya.” Al-Hâkim (II/57-58).

Justeru marilah kita mematuhi arahan pihak berkuasa untuk sentiasa menjaga SOP, duduk di rumah dalam tempoh yang telah ditetapkan ini bagi memutuskan rangkaian virus Covid-19.

Kaedah Usul Fiqh menyebutkan:

الضَّرَرُ يُدْفَعُ بِقَدْرِ الْإِمْكَانِ

Kemudaratan itu mesti dicegah semampunya.

Usaha mencegah ini termasuklah mendaftarkan diri untuk mendapat suntikan Vaksin melalui My Sejahtera. 

Hal ini bertepatan dengan peringatan yang disebutkan oleh Al-Quran menerusi firman Allah S.W.T :

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan. (Al-Baqarah : 195)

Ayuh, jadilah seperti semut di zaman Nabi Sulaiman AS yang akur untuk tetap tinggal di rumah agar tidak ditimpa musibah tentera Nabi Sulaiman:

 قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ 

Berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" (an-Naml: 18).

Ingat! Jangan memudaratkan diri dan juga orang lain. Akurlah dengan arahan dan SOP yang telah dikeluarkan pihak berkuasa.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

1,099 bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021 | Berita Harian

1,099 bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021 | Berita Harian :  KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 631 kes bunuh diri sepa...